JellyPages.com

Ya Asdiqo'..:D

Monday, March 12, 2012

Naluri Seorang Sahabat..

Teman,
bila ku berduka kau tempat ku mengadu,
bila ku senang kau tempat ku berkongsi keriangan,
bila ku dalam kesulitan, kita sama2 cari jalan penyelesaian,
suka, duka kita harungi bersama..

Teman,
jika kau gembira, aku akan menumpang atas kegembiraanmu,
jika kau sedih,ku turut merasa kepedihannya,
jika kau menghadapi kesulitan,
Aku berdoa agar Allah memberi petunjuk  &  kesabaran kepadamu, Teman.

Tapi,
bila keegoan menguasai diri,
hubungan semakin renggang kini,
diri tidak dapat mengawal gerak hati,
lalu pergi membawa diri.

Teman,
kata-katamu yang tajam akan ku simpan di lubuk hati,
tidak ku pamerkan kesedihan & kekecewaan ini kepadamu,
aku cuba memberi sekuntum senyuman kepadamu,
aku berandaian kau mungkin tidak terniat utk berbuat sedemikian,
tapi, apakan daya kau telah meluahkannya kepadaku,
bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.

Teman,
jika kau ingin tahu,
hatiku kadangkala terluka dek kata2mu yang berbisa,
walaupun kau menganggap itu cuma sekadar jenaka & perkara biasa,
tapi kadangkala bicaramu melukakan hatiku.
namun aku cuba tabahkan hatiku,
tapi aku lemah,
kerana hatiku sudah menangis dek panahan bicaramu.

walaupun aku & kau kekadang berperang mulut,
tapi aku masih memerlukanmu,
hanya kematian dapat memisahkan
ukhuwah yang terjalin selama ini, Teman.

Teman,
aku ingin mohon maaf andai aku juga pernah menyakitimu,
aku juga tidak terniat untuk berbuat sedemikian,
aku inginkan persahabatan kita terjalin
seperti dahulu...
Ya Allah,
hanya engkau mengetahui isi hatiku tika ini,
gembira, sedih, mahupun marah,
engkau cekalkanlah hatiku,
dalam menempuhi liku2 kehidupan yang penuh cabaran.
 Engkau kukuhkanlah tali persahabatan kami,

Ya Allah, Ya Rabbi,
aku sangat menyayangi temanku
kerana Uhibbuki fillah abadan abada..







create by: Nur Syamimi Syazlin bt Mohd Poaad

0 comments: