JellyPages.com

Ya Asdiqo'..:D

Tuesday, October 25, 2011

MINTALAH PENGAMPUNAN

RASULULLAH SAW pernah bersabda kepada Aisyah r.a., 
"Jika engkau melakukan dosa dan bukan merupakan kebiasaan, maka mohonlah ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya, kerana apabila seorang hamba mengakui dosanya, kemudian dia bertaubat kepada Allah, nescaya Allah akan mengampuni dosanya."
(HR. Bukhari, Muslim dan Ahmad).

Wahai saudaraku! Bertaubat kepada Allah adalah merupakan jalan yang terbaik supaya dosa-dosa akan diampunkan oleh-Nya. Tidak ada yang dapat memberikan keuntungan bagi orang-orang yang beruntung pada hari akhirat kecuali hanya taubat yang sungguh-sungguh, yang padanya terkandung keikhlasan kepada Allah semata dan dengan cara menjauhi apa-apa yang tidak disukai-Nya.
Taubat itu adalah merupakan ubat yang dapat diperoleh bagi setiap orang yang terkena penyakit jiwa dan perbuatan-perbuatan yang buruk. Sedangkan makna taubat menurut pengertian bahasa ialah kembali". Maksudnya ialah kembali taat kepada Allah SWT setelah sebelumnya durhaka kepada-Nya.
Wahai saudaraku! Perhatikanlah ayat-ayat Al Quran yang menyerumu supaya bertaubat. Firman Allah:

 

قُلۡ يَـٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسۡرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُواْ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِۚ
إِنَّ ٱللَّهَ يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًاۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ
Katakanlah (wahai Muhammad): 
Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri 
(dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,
kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya
Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 
(Surah Az-Zumar 39: Ayat ke 53)

0 comments: