JellyPages.com

Ya Asdiqo'..:D

Thursday, October 27, 2011

Mencari Redha-Mu

Kecintaan terhadap Allah tidak akan sempurna
kecuali setelah seorang itu 'sehaluan secara total'
 dengan sesiapa yang dicintainya. Ini bermaksud, dia mencintai
 apa-apa yang dicintai dan membenci perkara-perkara yang
dibenci oleh kekasihnya.

Allah berfirman yang bermaksud:
"Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu
dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami)
kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu
usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot
dan tempat tinggal yang kamu sukai-(jika semuanya itu)
menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada
Allah, rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya,
maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusannya
(azab seksa-Nya) kerana Allah tidak akan memberi
petunjuk kepada orang yang fasik (derhaka)"
-Surah At-Taubah: 24
 

Doa Mohon Kebijaksanaan

"Wahai Tuhanku, berikanla aku ilmu
pengetahuan agama dan masukkanlah aku bersama
orang yang soleh. Dan jadikanlah bagiku pujian yang
benar dalam (generasi) yang kemudian.
Dan jadikanlah aku daripada orang yang mewarisi syurga nikmat"
[Surah asy-Syu'ara:83-85]

Ketika memimpin sebuah keluarga, kita tidak
 dapat lari daripada masalah. Ia mungkin berpunca
  daripada pasangan, anak-anak atau orang luar.
 Ada kala ia mengundang tekanan. Wahai muslimah,
berfikirlah dengan tenang dan bertindak penuh
kematangan serta buatlah keputusan yang rasional.
 Pandanglah setiap dugaan itu dari sudut yang
 positif dengan harapan dapat memberi kekuatan
serta rangsangan agar dapat bertindak
 cemerlang di masa mendatang.

Segar Kalbuku Dengan Iman

Ya Allah...
Sesungguhnya aku memohon petunjuk yang baik
Daripada-Mu dengan ilmu-Mu
 Aku mohon kekuatan daripada-Mu dengan kekuatan-Mu
Aku memohon daripada-Mu kelebihan-Mu yang banyak,
 Maka sesungguhnya Engkau berkuasa,
Aku tidak berkuasa
Engkau mengetahui
Perkara-perkara ghaib

Ya Allah...jika Engkau mengetahui
Bahawa perkara ini baik untukku, pada agamaku, duniaku
Dan kesudahan urusanku
Buat masa kini dan masa akan datang, maka tentukanlah
Untukku dan permudahkannya kepadaku

Jika Engkau mengetahui
 Bahawa perkara ini tidak baik untukku
 Pada agamaku dan duniaku
Dan kesudahan urusanku buat masa kini
Dan masa akan datang, maka elakkannya daripadaku
 Dan elakkan diri daripadanya

Ya Allah...
Tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada
Sesungguhnya Engkau berkuasa
Di atas segala sesuatu
AMIN...

Tuesday, October 25, 2011

MENGAPA HARUS MENUTUP AURAT

  Tidak berhijab dan mempamerkan perhiasan akan mengundang fitnah bagi lelaki. Seorang wanita apabila mempamerkan bentuk tubuh dan perhiasannya di hadapan lelaki bukan mahram, jelas akan mengundang perhatian kaum lelaki yang berhidung belang dan serigala berbulu domba.Jika ada kesempatan mereka pasti akan mencari mangsa dengan ganas laksana singa sedang kelaparan.

Seorang penyair berkata:
"Berawal dari pandangan lalu senyuman kemudian salam disusul pembicaraan lalu berakhir dengan janji dan pertemuan."
Sesungguhnya Allah memerintahkan hijab untuk menghilangkan pelbagai macam fitnah (kerosakan). Jika pelbagai macam fitnah redup dan lenyap, maka masyarakat yang dihuni oleh kaum wanita berhijab akan lebih aman dan selamat dari fitnah.
Sebaliknya, masyarakat yang dihuni oleh wanita yang gemar bertabarruj (berdandan secara berlebihan), dedah aurat dan keindahan tubuh, sangatlah mudah terjebak dengan ancaman pelbagai fitnah dan gangguan seksual serta nafsu syahwat yang membawa malapetaka dan kehancuran yang sangat besar.
Jasad yang menampakkan bentuk tubuh badan akan jelas memancing perhatian dan pandangan kaum lelaki. Itulah tahap pertama bagi penghancuran dan kerosakan moral dan peradaban sebuah masyarakat.

"Sungguh akan merasakan manisnya Iman, seseorang yang telah rela Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama, dan Muhammad sebagai Rasul utusan Allah."(HR Muslim)

 "Setiap umatku (yang bersalah) akan dimaafkan, kecuali orang yang secara terang-terangan (berbuat maksiat)."(Hr.Bukhari)

Sementara wanita yang mendedahkan aurat dan keindahan tubuh sama ertinya dia telah berani menampakkan kemaksiatan secara terang-terangan.
Jangan menelanjangi diri dengan berpakaian ketat atau sempit.
Bagaimana kita menyayangi orang lain sedangkan diri sendiri tidak mampu kita sayangi.
Sudahkah anda berhijab?
Kebenaran hanya milik Allah.

MINTALAH PENGAMPUNAN

RASULULLAH SAW pernah bersabda kepada Aisyah r.a., 
"Jika engkau melakukan dosa dan bukan merupakan kebiasaan, maka mohonlah ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya, kerana apabila seorang hamba mengakui dosanya, kemudian dia bertaubat kepada Allah, nescaya Allah akan mengampuni dosanya."
(HR. Bukhari, Muslim dan Ahmad).

Wahai saudaraku! Bertaubat kepada Allah adalah merupakan jalan yang terbaik supaya dosa-dosa akan diampunkan oleh-Nya. Tidak ada yang dapat memberikan keuntungan bagi orang-orang yang beruntung pada hari akhirat kecuali hanya taubat yang sungguh-sungguh, yang padanya terkandung keikhlasan kepada Allah semata dan dengan cara menjauhi apa-apa yang tidak disukai-Nya.
Taubat itu adalah merupakan ubat yang dapat diperoleh bagi setiap orang yang terkena penyakit jiwa dan perbuatan-perbuatan yang buruk. Sedangkan makna taubat menurut pengertian bahasa ialah kembali". Maksudnya ialah kembali taat kepada Allah SWT setelah sebelumnya durhaka kepada-Nya.
Wahai saudaraku! Perhatikanlah ayat-ayat Al Quran yang menyerumu supaya bertaubat. Firman Allah:

 

قُلۡ يَـٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسۡرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُواْ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِۚ
إِنَّ ٱللَّهَ يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًاۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ
Katakanlah (wahai Muhammad): 
Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri 
(dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,
kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya
Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 
(Surah Az-Zumar 39: Ayat ke 53)